Pandu Puteri Tunas Perak , all eager to face the challenge.
   
 
  PR Corner
World Thinking Day 2009- girls worldwide say " Stop the spread of AIDS,malaria and other diseases."
Perutusan Tahun Baru 2009 Ketua Pesuruhjaya PPPM
DATIN HAJJAH ZALILLAH BTE MOHD TAIB KKetua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia 1 Januari 2009 on 01/19/2009 at 3:44pm (UTC)
 Perutusan Tahun Baru 2009
Ketua Pesuruhjaya
Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Kepanduan kepada semua warga Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang saya hormati dan kasihi.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada seluruh warga Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sempena kedatangan tahun baru ini, marilah kita sama-sama berazam untuk meningkatkan lagi imej Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai sebuah Persatuan yang dikenali dan iktiraf bagi melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber, prihatin, mahir dan dinamik serta mempunyai nilai sahsiah diri yang baik dan bertanggungjawab.

Tahun 2008 merupakan tahun yang sangat sibuk dan bermakna bagi saya.Pada 29 Mei 2008, saya telah dilantik dengan rasminya sebagai Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Johor. Pada 2 hingga 14 haribulan Julai 2008 saya telah menghadiri Persidangan Ketua Pesuruhjaya negara-negara Commonwealth di Cape Town dan diikuti dengan Persidangan Dunia ke 33 di Johannesburg, Afrika Selatan. Sekembalinya saya dari Afrika Selatan, saya menghadiri Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja 2008 di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar dari 17 hingga 22 haribulan Ogos 2008.

Sebelum Kem Ulu Kenas, saya telah menghadiri Majlis Penutupan Perkhemahan Pandu Puteri MRSM se Malaysia di Taiping, Perak yang berlangsung dari 11 hingga 14 haribulan Ogos 2008. Pada 26 Oktober 2008 saya menghadiri Majlis Penutupan Bengkel Penyetaraan Lencana Kecekapan di Institut Aminuddin Baki, Sri Layang, Bentong, Pahang. Satu Majlis Makan Amal dan Majlis Anugerah Sri Kandi, Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2008 telah diadakan pada 7 November 2008 dan di Majlis yang sama, Air Mineral Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah dilancarkan. Alhamdulillah, kesemua acara ini telah berjalan dengan jayanya.

Pada tahun ini, Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah mengharumkan nama negara bila Persatuan Pandu Puteri Malaysia menerima anugerah “Olave Baden Powell Award” semasa Persidangan Dunia di Johannesburg, Afrika Selatan pada Julai 2008 yang lalu. Anugerah ini mengiktirafkan Projek Khidmat Masyarakat yang disediakan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Sembilan. Syabas diucapkan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.

Pada bulan November tahun 2008 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima dua orang tetamu dari World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) untuk meninjau Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan mengadakan perjumpaan bersama Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan Ahli Jawatankuasa Kerja Kebangsaan. Mereka adalah Puan June Cameron, Chairman, Asia Pasific Committee & World Board Member dan Cik Gillian Wilcox, Global Project Manager, Signature Programme Volunteerism. 14 orang ahli Nara Council Girl Scouts of Japan telah melawat Malaysia dan menjadi tetamu Persatuan Pandu Puteri Malaysia dari 19 hingga 23 Disember 2008. Lawatan ini telah berjalan dengan jayanya. Ahli-ahli dari Nara Council Girl Scouts of Japan tinggal bersama keluarga angkat masing-masing. Jawatankuasa Antarabangsa serta sukarelawan yang terlibat mengendalikan lawatan ini telah menerima pujian dan penghargaan dari Yang Di Pertua Nara Council.

Pada akhir tahun 2008, Persidangan Kejurulatihan dan Kursus Bakal Jurulatih telah diadakan di Institut Aminuddin Baki, Genting dari 15 – 19 Disember.

Bermulanya tahun 2009 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menyediakan Perancangan 2009 dengan tersenarainya berbagai-bagai aktiviti dan program. Semoga semua yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan bersama cawangan-cawangan. Diantaranya adalah Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli, Sambutan Hari Peringatan Sedunia dengan tema “Kita boleh mencegah Aids, Malaria & Penyakit lain daripada berleluasa” serta Pelancaran Projek HIV Aids bersama Yayasan Pink Triangle , Mesyuarat Agung Tahunan di Kuala Terengganu, Kursus Pemimpin IPT, Sukan Ria Pandu Puteri, Pertandingan Kawat Kaki, Kursus Lencana Kecekapan MRSM, International Ranger Leadership Challenge 2009, Pertandingan Pengucapan Awam 2009 dan pelbagai aktiviti yang lain. Kita perlu lebih bersedia untuk mempersiapkan diri dan melipat gandakan usaha untuk mengejar impian dan harapan Persatuan untuk menjadi organisasi yang lebih cemerlang, berinovasi dan berdaya saing. Nilai-nilai murni yang tercetus daripada semangat kerja berpasukan, toleransi, tolong menolong dan menghargai pandangan orang lain pastinya melahirkan insan yang bukan sahaja mahir dari segi teori, malah berbakti menerusi latihan-latihan utama dalam perkhemahan.



Pada tahun 2009, Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga akan meneruskan program-program yang telah dirancang melalui Pelan Perancangan Strategik 2009 – 2013. Antaranya termasuklah meningkatkan keuntungan Pusat Peralatan, menambah bilangan ahli, menganjurkan kursus-kursus yang berkualiti, memperluaskan khidmat masyarakat dan pelbagai aktiviti yang lain.

Saya bagi pihak pengurusan sentiasa memikirkan untuk meningkatkan kebajikan kepada kakitangan. Insya’Allah kita akan mengatasi segala kelemahan dan memperbanyakkan kemudahan-kemudahan untuk kakitangan berbanding dengan apa yang sedia ada.

Tahun 2009 adalah Tahun Warga Emas Persatuan Pandu Puteri Malaysia (Golden Girls). Kita akan menghadapi tahun 2009 yang begitu sibuk dan mencabar. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang telah memberi sokongan kepada saya dan Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Tidak lupa juga kepada kakitangan Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat, ceria, aman dan sibuk dengan aktiviti Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang menyeronokkan dan bermanfaat.

Sekian, wassalam.

DATIN HAJJAH ZALILLAH BTE MOHD TAIB
Ketua Pesuruhjaya
Persatuan Pandu Puteri Malaysia

1 Januari 2009
 

Calling all Leaders especially -" Ketua Pasukan and Ketua Kumnpulan"
Stanee ,Kinta on 01/16/2009 at 3:04am (UTC)
 Salam Kepanduan leaders

The theme for WTD 2009 is girls worldwide say "Stop the spread of AIDS,malaria and other diseases."

This is a chance for us all to a health campaign start with our unit, company and pack. Check out www.worldthinkingday.org/en/activities09 for ideas to celebrate 2009 WTD at your school level.

Do watch out for letters of invitation to join Persatuan Pandu Puteri Perak WTD 2009 celebration this year. It's time to come together for this special day. So keep your 22 February 2009 Free so that you can join us..it's a Sunday so it should be convenient.

Cheerio!

Stanee
Kinta
 

Nicole Kidman's message on International Women's Day
Nicole Kidman,UNIFEM’s Goodwill Ambassador on 03/17/2008 at 6:16am (UTC)
 Nicole Kidman's message on International Women's Day
6 March 2008

UNIFEM’s Goodwill Ambassador Nicole Kidman sends a message to all Girl Guides and Girl Scouts for International Women’s Day to invite you to join the campaign ‘Say NO to violence against women.’

Ms Kidman says:
I became UNIFEM’s Goodwill Ambassador to amplify the voices of the women and girls who have been subjected to violence and abuse. One in three women may suffer from abuse and violence in her lifetime. This is an appalling human rights violation. But with your help, we can put a stop to this.
For International Women’s Day 2008, I would like to invite all Girl Guides and Girl Scouts to help me speak out by joining UNIFEM’s Internet campaign, “Say NO to violence against women”. It is easy and fast. A special website has been created at www.saynotoviolence.org. Through this web site, you can sign up and alert friends. And of course you also have access to a lot of useful information that will help you to further the cause.
You know I have a boy and a girl. I want each of them to know they are equal in the world. At the heart of violence against women and girls is inequality, so it is crucial that every girl and every boy recognize their equality to each other. I also want my children to know absolutely that violence against another person is wrong. I want them to know that most people are very good, and want to help, and that we have to work together to prevent violence. I also want to inspire them, like my parents did for me, that we can and we must get involved.
As you expect, I will show them the UNIFEM internet campaign. I’ll explain that names are powerful, and we believe that the more names we collect in this book, the stronger our case to make ending violence against women a top priority becomes.
So my International Women’s Day message is: Every name counts. Join at www.saynotoviolence.org


The campaign


The United Nations Foundation is prepared to contribute $100,000 to the UNIFEM-managed UN Trust Fund to End Violence against Women that provides needed resources to local initiatives aimed at ending violence against women. But they need your help.
The $100,000 is a challenge grant — $100,000 in exchange for 100,000 names recorded in the ‘Say NO to Violence against Women’ campaign book.

Your signature will bring $1 to help end violence against women!

WAGGGS joined the United Nations Development Fund for Women (UNIFEM) campaign as a launch partner and will help spread the message that violence against women must end. The global campaign was launched on 26 November and will run for a year.


PPPKinta says:
Thank you PPPM for the above message from Ms Nicole Kidman. As the message is meant for all girl guides,I took the liberty to post it her for all to read. Please inform us if we have violated any cyberlaws.
"2008 - Year for Cadet, Undergraduate & Adult Guides: Building Esteem in Young Women"
 

2008 World Thinking Day Message from Chief Comissioner ,Girl Guide Association Malaysia.
SALBIAH ABDUL AZIZ , KETUA PESURUHJAYA ,PERSATUAN PANDU PUTERII MALAYSIIA on 02/20/2008 at 5:11am (UTC)
 PERUTUSAN HARI PERIINGATAN
SEDUNIIA 2008
KETUA PESURUHJAYA
PERSATUAN PANDU PUTERII MALAYSIIA
Salam Kepanduan dan Selamat Menyambut Hari
Peringatan Sedunia 2008.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
tahniah kepada seluruh warga kepanduan di Malaysia
tidak kira di mana saudari berada, atau peringkat
umur dan kedudukan kerana turut sama meraikan
Hari Peringatan 2008. Sambutan yang diadakan
setiap tahun pada 22 Februari amat bermakna dalam
usaha kita menyemarakkan semangat kepanduan di
kalangan ahli-ahli kepanduan yang melebihi 10 juta
suara gadis dan remaja wanita di seluruh dunia.
Seperti biasa, Sambutan Hari Peringatan memberi
peluang kepada kita untuk menghulurkan sumbangan
kepada Tabung Hari Peringatan Sedunia. Berpegang kepada Pepatah Melayu ,
“Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Meminta”, marilah kita
menghulurkan sumbangan secara ikhlas dalam mengisi dana Tabung Hari
Peringatan Sedunia.
Bebeza dari tahun lepas, tema sambutan pada tahun ini ialah “air”. Sejajar
dengan undang-undang kepanduan yang keenam – “seorang pandu puteri
melindungi haiwan dan alam sekitar” marilah kita membuat refleksi mengapa
air dipilih sebagai tema perayaan pada tahun ini. Tidak ada sesiapa yang dapat
menafikan kepentingan air sebagai keperluan asasi manusia tidak kira di mana
mereka berada. Jadi adalah menjadi tanggungjawab setiap warga dunia untuk
memastikan sumber air yang bersih sentiasa dihargai. Sebarang tindakan yang
boleh mencemarkan air perlu kita perangi habis-habiasan. Cuba bayangkan
kehidupan tanpa air. Sudah pasti kita akan menghadapi pelbagai masalah dan
mungkin juga kita akan mati kekeringan. Justeru kita perlu memastikan bahawa
sumber air yang bersih tidak akan pupus selagi dunia masih wujud. Tanpa air
kita tidak akan dapat bertahan.
Air juga merupakan rahmat dari pencipta alam semesta. Air merupakan elemen
yang dapat mengimbangi kepanasan pancaran sang suria dan juga api yang
membara. Air juga dapat menjadikan tanah gersang sebagai kawasan pertanian
dan air juga membawa pelbagai pengertian kepada umat manusia yang
mempunyai pelbagai nilai budaya.
Justeru selain dari mengujudkan kesedaran tentang kepentingan sumber air
yang bersih dalam kehidupan seharian, warga kepanduan sekalian perlu
mengambil iktibar untuk memastikan kewujudan persatuan kita adalah sama
pentingnya seperti air. Persatuan Pandu Puteri seharusnya menjadi keperluan
dalam usaha membentuk sahsiah dan keperibadian seorang gadis. Menerusi
Persatuan, kita dapat menyumbang ke arah pembangunan modal insan negara.
Kepelbagaian aktiviti dalam kepanduan adalah seperti sumber air yang boleh
diperolehi dalam pelbagai rupa dan bentuk tetapi mempunyai fungsi yang sama.
Kita perlu memastikan persatuan kita akan terus wujud ibarat air yang tenang
dan jernih, bersih lagi suci. Hanya dengan cara ini kita dapat mempertahankan
warisan kepanduan yang telahpun wujud di negara kita sejak 90 tahun lalu dan
diharap akan terus kekal untuk seribu tahun lagi.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MENERUSI KEPANDUAN ”
Salam Kepanduan.
SALBIAH ABDUL AZIZ
Ketua Pesuruhjaya
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Maklumat Hari Peringatan Sedunia boleh didapati di:
http://www.worldthinkingday.org/en/home
"2008 - Tahun Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi dan Pandu Puteri Dewasa:
Membina Jati Diri Wanita Muda"
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu
59700 KUALA LUMPUR
Tel (O): +603-22827776 Faks: +603-22826579 Tel Bimbit: 017-6834303
E-mel: pppm80@tm.net.my Laman Web: http://www.panduputeri.org.my
"Persatuan Pandu Puteri Malaysia: Sejak 1917"
 

Shoulder Flashes
Persatuan Pandu Puteri Kinta on 01/19/2008 at 11:13am (UTC)
 Dear Guiders

Persatuan Pandu Puteri Malaysia shoulder flashes has been officially used for all Pandu Puteri Tuans as well. Please tell you girls not to buy the brown Tunas Puteri shoulder flashes. There is no such thing as Persatuan Tunas Puteri.

Shoulder flashes can be purchased from our State Shop at Wisma Pandu Puteri or Kinta District outlet at Lenyard.



We are all under Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

PR
Kinta
 

New names for Girl Guides
Assistant District Commissioner Kinta on 01/17/2008 at 3:02am (UTC)
 Dear Guiders,guides and friends of guiding

We are now know as Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer and Pandu Puteri Dewasa.

Please use them accordingly. And remember to inform your Head of Cocurriculum and Principals.

 

<- Back  1  2 

Continue->

WORLD THINKING DAY CELEBRATION OM 4th April 2010
 
Persatuan Pandu Puteri Malaysia,Perak Branch will be celebrating WTD 2010 at orang asli settlement. Look out for more news.
Kinta Training for new adults leaders and prewarrant training in April 2010.
 
Look out for letters to your school. Any youth especially sixth formers and school leavers are welcome to join our programme. Please leave me a note.
World Thinking Day 2010 :Theme
 

girls worldwide say
"together we can end extreme poverty and hunger"

Any donations in cash or in kind preferably a packet of sugar, 5 kg rice and a box of biscuits are welcome. These will be distributed to the orang asli households .
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free